Tajuk: Berfikiran Positif
Objektif: Pada akhir
aktiviti murid dapat:
1) Mengentahui cara
berfikiran positif
2) Mengentahui bahawa
berfikiran positif mempunyai kebaikan
Pendahuluan
Berfikir secara positif
adalah cara pemikiran yang menjuruskan kepada keupayaan melihat pada aspek
kebaikan dan perkara yang berlaku secara membina.
Cara untuk membentuk pemikiran yang
lebih positif.
- Lakukan
sesuatu yang baik terhadap orang lain.
Apabila
kita membantu orang lain, walaupun orang yang tak dikenali, ia akan membuatkan
kita gembira. Contohnya membantu orang buta atau tua melintas jalan.
- Raikan kejayaan
kecil.
Cari
kegembiraan atau kejayaan kecil dalam kehidupan seharian anda. Mungkin seperti
anda berjaya menyelesaikan sesuatu kerja yang diberikan guru sebelum tarikh
akhir.
- Berbuat
baik kepada diri sendiri.
Berusahalah
untuk baik kepada diri sendiri dan bukannya menyalahkan diri atas kesilapan.
Berfikirlah tentang perkara yang anda lakukan dengan baik sebagai peringatan
tentang siapa anda sebenarnya. Pemikiran negatif mengenai rasa tidak selamat
atau kegagalan diri mungkin sangat sukar untuk diatasi.
Kebaikan berfikiran positif.
1. Mengembangkan kreativiti diri anda.
-Setiap orang ada kelebihan
2. Membantu memperbaiki
tahap kesihatan.
-Fikiran negatif membuatkan emosi dan fizikal terganggu
3. Memberi kita
ketenangan hati serta kegembiraan.
-Dalam semua keadaan atau situasi apabila melihat dari
sudut positif
Rumusan
1.
Jika anda lebih
cenderung untuk berfikiran negatif,
maka sukarlah untuk semua ini terjadi.
2.
Sama
seperti kemahiran hidup yang lain, belajar membentuk pemikiran positif
memerlukan latihan dan usaha..
3.
Kita tidak akan
dapat berubah dalam masa singkat..
4.
Sentiasalah
berusaha ke arah menjadi lebih positif, kerana ia membawa kepada kehidupan
lebih gembira setiap hari.
Contoh:
GBKSM
menggalakkan murid melihat sesuatu secara positif.
Contoh:
Situasi 1 : Seorang budak perempuan berpakaian cantik dan bergincu.
Fikiran negatif :
Budak perempuan itu mengada-ngada.
Fikiran positif :
Budak perempuan itu seorang yang gembira
dan suka dirinya kelihatan cantik.
Situasi 2 : Seorang guru
memarahi murid yang nakal dan membuat bising di kelas.
Fikiran negatif : Guru
itu marah sebab benci kepada murid tersebut.
Fikiran positif :
Guru itu marah akan perbuatan murid tersebut dan bukan diri murid itu.
Aktiviti Murid:
Arahan:
1. Salin semula soalan dan jawab soalan yang diberikan di bawah dalam buku tulis Bimbingan Dan Kaunseling
2. Pastikan tulis tarikh dan hari
1.
Bagaimana fikiran anda melihat sesuatu situasi di
bawah
Ibu
telah memarahi anda kerana tidak mengemas bilik tidur |
|
Fikiran
negatif |
|
Fikiran
positif |
|
Situasi
pademik covid 19 menyebabkan anda terpaksa belajar secara PDPR |
|
Fikiran
negatif |
|
Fikiran
positif |
|
2.
Tandakan ( √ )
sama ada perkara di bawah positif
atau negatif
No. |
Perkara |
Positif |
Negatif |
1 |
Mempunyai
matlamat dalam sesuatu kerja |
|
|
2 |
Mendengar
dan mempercayai gosip |
|
|
3 |
Mendengar
nasihat orang lain |
|
|
4 |
Melihat
masalah adalah cabaran |
|
|
5 |
Mahu
lari dari rumah apabila di marahi bapa |
|
|
Terima Kasih
Semoga murid seronok mengikuti pdpr
BalasPadamAMINN
PadamIn Shaa Allah, Aamiin...
BalasPadam