Pentingnya Ada Kawan-Kawan
Kawan-kawan amat penting bagi makhluk sosial seperti manusia. Orang yang ramai kawan biasanya hidup ceria dan jarang mengalami masalah kemurungan.
Kajian mendapati mereka yang sering bertemu dan
bermesra dengan kawan-kawan mendapat kesan yang tidak kurang baiknya untuk
kesihatan sama dengan bersenam.
Amat rugi mereka yang menjadi kera sumbang asyik
terperap di rumah tanpa menyambung silaturahim bersama kawan-kawan.
Walau apapun halangan yang kita hadapi pastikan
kita istiqamah berkawan kerana terlalu banyak manfaatnya mengekalkan
perhubungan dengan kawan-kawan di mana saja kita berada.
Selain daripada berkongsi kegembiraan, jangan lupa
juga untuk berkongsi masalah bersama kawan-kawan.
Kita tentu punyai beberapa orang kawan rapat yang
jujur dan setia mendengar sebarang cerita dari kita samada yang menggembirakan
maupun yang menyedihkan.
Apabila kita berkongsi masalah dengan kawan-kawan,
tidak semestinya mereka dapat membantu kita menyelesaikan masalah melainkan
kita sendirilah yang perlu selesaikannya.
Namun begitu dengan hanya berkongsi masalah dengan
mereka yang sanggup mendengar dengan ikhlas, separuh daripada masalah kita
sudah selesai.
Sekurang-kurangnya kita berasa lega dapat meluahkan
apa yang terpendam dan berlegar-legar di dalam kepala kita.
Jangan berlagak sempurna
Satu perkara penting dalam berkawan adalah jangan
berlagak seolah-olah kita sempurna.
Sikap yang begitu membuatkan kawan-kawan menjauhi
kita kerana biasanya orang yang sebegitu ada sikap yang sedikit berlagak ‘macam
bagus’.
Tak ramai orang yang sukakan manusia sebegitu.
Apabila kita mengakui bahawa kita manusia yang
banyak kekurangan, maka mudahlah kita merendahkan diri untuk menceritakan
masalah kita samada masalah peribadi atau apa-apa saja
masalah kehidupan.
Eratkan
perhubungan
Ada orang yang merasakan mereka tidak perlu
berkongsi masalah bersama kawan-kawan atas alasan tidak mahu menyusahkan
mereka.
Lalu kita pendamkan sahaja dalam hati keseorangan
sehingga ia menjadi racun yang memakan diri. Anda tentu terkejut apabila
kawan-kawan sebenarnya amat gembira apabila kawannya sanggup berkongsikan
masalah kehidupannya dengan mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan