SELAMAT DATANG KE BLOG AKTIVITI B&K SK PANGKALAN TLDM LUMUT PERAK..BLOG INI ADALAH UNTUK AKTIVITI MURID SKPTLDM. UNTUK KE BLOG RASMI BIMBINGAN DAN KAUNSELING SILA KLIK DISINI---> WWW.BKSKPTLDM1.BLOGSPOT.COM TERIMA KASIH

Isnin, 17 Mei 2021

Aktiviti Minggu Minda Sihat SKPTLDM

18/5/2021:(Selasa). Beriku adalah aktiviti sempena minggu Minda Sihat Peringkat Sekolah Kebangsaan Pangkalan TLDM, Lumut Perak.

TAHUN 1 DAN 2:Mewarna Poster: Gaya Hidup Sihat 

Sila Klik dan SAVE AS pada poster yang diberikan. Warnakan dengan kemas dan menarik.

Anda perlu menghantar 1 penyertaan sahaja. Hantar poster  yang  sudah siap ke unit bimbingan dan kaunseling apabila sekolah sudah dibuka selepas  cuti penggal persekolahan


TAHUN 3: Membaca Pantun Minda Sihat 
Baca dan rakam  pantun yang diberikan dengan gaya dan intonasi yang betul. Hantar rakaman audio suara anda dengan klik di sini: HANTAR

Saya (Nama Anda) Dari Kelas ( Nama Kelas)  akan menyampaikan pantun gaya hidup sihat

Ikan di air melompat-lompat,
Ikan bernama si ikan laga;
Amalkan gaya hidup sihat,
Makan minum hendaklah dijaga.


Ikan bernama si ikan laga,
Ikan dibeli si anak  Sahlan;
Makan minum hendaklah dijaga,
Makanan berkhasiat jadi amalan.


Dibeli juga si ikan jenahak,
Masak gulai kurang santan;
Elak makanan banyak lemak,
Banyak memakan sayur-sayuran.


Buah kelapa di tepi paya,
Daun kelapa diambil lidi;
Buah-buahan pula jangan lupa,
Selalulah bersenam setiap hari.


Daun kelapa diambil lidi,
Lidi diikat belumlah cukup;
Selalulah bersenam setiap hari,
Tidur pula hendaklah cukup


Sekian terima kasih


TAHUN4: Membuat Buku Skrap Amalan 3W/3S
3W merangkumi kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (wash), memakai pelitup separuh muka di tempat awam atau jika bergejala (wear), dan amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan (warn) . Manakala amalan 3S iaitu tempat sesak, sempit dan sembang dekat. Hasilkan sebuah buku skrap yang menunjukansalah satu  amalan 3W ATAU 3S. Anda boleh menggunakan komputer atau tulisan tangan untuk menghasilkan buku skrap. Buku skrap hendaklah  antara 5-10 muka surat. Hantar buku skrap yang  sudah siap ke unit bimbingan dan kaunseling apabila sekolah sudah dibuka selepas cuti penggal persekolahan


TAHUN 5: Membuat Poster: Moto Hidup

Anda hendaklah menulis satu moto hidup SAMADA DALAM BAHASA MELAYU/ BAHASA INGGERIS / ARAB  dan lukis mengikut kreativiti anda supaya menarik. Anda boleh gunakan kertas lukisan atau kertas A4.  Contoh Moto Hidup: "IMPIANKU AKAN MENJADI NYATA JIKA AKU RAJIN BERUSAHA"
Hantar poster  yang  sudah siap ke unit bimbingan dan kaunseling apabila sekolah sudah dibuka selepas cuti penggal persekolahan

TAHUN6: Menulis Cerita: Bertemakan Norma Baharu
Tuliskan SEBUAH cerita mengenai norma baharu yang mengikut kreativiti anda. Panjang cerita tidak kurang 180 patah perkataan.  Sila hantar cerita yang dihasilkan  dengan klik  di sini:  HANTAR








Tiada ulasan:

Catat Ulasan