SELAMAT DATANG KE BLOG AKTIVITI B&K SK PANGKALAN TLDM LUMUT PERAK..BLOG INI ADALAH UNTUK AKTIVITI MURID SKPTLDM. UNTUK KE BLOG RASMI BIMBINGAN DAN KAUNSELING SILA KLIK DISINI---> WWW.BKSKPTLDM1.BLOGSPOT.COM TERIMA KASIH

AKTIVITI PSV TAHUN 4

Tarikh :  3/3/2021

Masa : 9.00am-10.00am

Hari: Rabu

Arahan kepada murid:

Tajuk: Teknik Resis


Pengenalan:

Definisi Resis

Resis ialah satu aktiviti dalam kegiatan menggambar yang menggunakan warna-warna basah dan contengan lilin. Lilin yang digunakan dalam aktiviti resis menjadi pelindung kepada warna asal atau terdahulu yang terdapat pada permukaan kertas. Lilin dalam aktiviti resis bertindak sebagai alat untuk menghasilkan garisan di atas permukaan kertas

Resis dari kertas lilin ialah satu perpindahan lilin yang terdapat kertas tersebut ke permukaan kertas dengan menggunakan teknik tekanan garisan. Resis dengan menggunakan kain menggunakan canting untuk membuat garisan lilin pada corak batik. Sodium silikat digunakan dalam resis batik kain untuk mengekalkan warna yang terdapat pada kain tersebut. Rendaman soda ash dalam air panas bertindak untuk membuang lilin yang terdapat pada permukaan kain tersebut.

 TEKNIK RESIS

Teknik resis adalah teknik yang menggunakanbahan yang tidak bercampur antara satu sama lain.Contohnya warna air dan lilin. Lilin digunakanseperti melukis atau memadam sesuatu untukmewujudkan imej atau jalinan apabila warna airdisapukan dia atasnya.-Sifat lilin yang menolak air tadi akan menghasilkandua kawasan iaitu kawasan yang menyerap air dankawasan berlilin yang tidak menyerap air.


1.Murid perlu menonton video untuk pembelajaran di bawah:

2.Murid akan tahu bagaimana menggunakan teknik resis dalam menghasilkan satu lukisan yang menarik.

3.Murid hanya perlu menghasilkan satu corak lukisan dengan menggunakan teknik resis di kertas lukisan atau kertas A4 sahaja. TIDAK PERLU buat tempat letak pensel atau lain-lain seperti di dalam video diatas.

4. Sebarang masalah atau pertanyaan  boleh klik DISINI sepanjang masa PDPR pukul 9.00am-10.00am

5.Jika murid- murid sudah menyiapkan lukisan teknik resis ini..sila hantar kepada saya cikgu Zuliadi di bilik Bimbingan Dan Kaunseling pada Rabu depan (10/3/2021).

TERIMA KASIH


Tiada ulasan:

Catat Ulasan